Watak
sampingan ialah watak pembantu yang membantu watak utama membangunkan
sesebuah cerita.
Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan latar masyarakat yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
|
SARAWAK 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Silir Daksina
|
Di Sebalik Dinara
|
·
Abdullah bin Kayan/
Amirulnizam / Cikgu Zam
-
Pencinta sastera dan budaya
-
Amat menyayangi anaknya Aiman/ Haiqal
-
Halus jiwanya tetapi kuat dan tabah
-
Mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa terhadap
kebudayaan yang ada di kampungnya.
-
Bersikap pemalu
-
Berpengaruh di Kampung Seri Purnama
-
Mempunyai ketokohan dalam bidang kesusasteraan dan
diiktiraf oleh kerajaan negeri
-
Sangat teliti dalam membuat keputusan
-
Tidak bersikap tergesa-gesa
- Penari zapin
·
Ong Swee Hwa / Ai Ling
-
Anak kepada Tauke Ong / Tauke Lim
-
Memiliki rambut lembut, lurus dan keperang-perangan
-
Fasih berbahasa Melayu dan tiada kedengaran pelat Cina
ketika bercakap
-
Pandai mendeklamasikan puisi dan pernah memenangi
pertandingan deklamasi sajak sewaktu di sekolah rendah
-
Rajin menyiapkan kerja sekolah
-
Gadis yang pendiam
-
Mempunyai perwatakan menarik dan ayu
-
Suka akan masakan yang pedas-pedas
- Bersikap amanah.
·
Tauke Ong / Tauke Lim
-
Ayah kepada Ai Ling / Swee Hwa dan Ai Ching
-
Rajin menorah getah, meraih pisang dan pinang untuk
dijual di pecan
-
Jujur dan baik hati
-
Tahu membalas budi orang lain
-
Suka akan seni
budaya tarian zapin
-
Bertanggungjawab terhadap anak-anaknya
-
Menepati masa
- Pandai bergaul dengan
masyarakat Melayu
·
Ratna
-
Kawan baik kepada Haiqal.
-
Seorang yang berminat dalam bidang perniagaan – Ratna
telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
-
Seorang yang suka mengusik – selalu mengusik Haiqal
yang suka berkhayal.
-
Seorang pendengar yang setia – sentiasa sudi mendengar
masalah yang dihadapi oleh Haiqal.
- Seorang yang baik hati
– sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke
kampung.
·
Umi / Ibu Haiqal
-
Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik
di pasar Payang.
-
Seorang yang penyayang – sangat sayangkan Haiqal
sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal bertemu dengannya.
-
Seorang yang pemarah dan pendenam – dia melarang
Haiqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.
|
-
Aqram / Akeem
- Adik kandung Karl semasa kecil
- Merupakan kanak-kanak cacat dan
terencat akal
- Merupakan manusia cyborg
- Sudah berusia 60 tahun yang telah
dicipta semula oleh Karl sehingga kelihatan berusia 30 tahun
- Mempunyai sikap belas kasihan
apabila merayu kepada Dr. Maxi agar membetulkan ingatan Shida. Aqram juga
meminta Alia memadamkan ingatan Karl daripada minda Shida kerana tidak mahu
Shida menderita.
- Seorang yang bijak menggunakan
kesempatan semasa mencuri cawan minuman Farisha ketika Farisha tidur di dalam
pesawat untuk memperoleh DNA Farisha.
- Seorang yang patuh akan setiap
arahan Dr. Maxi apabila dia ditugaskan untuk mengawal Farisha.
-
Aqran bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh Dr.
Maxi kepadanya.
-
Shida
-
Kawan baik / serumah dengan Farisha
-
Seorang yang prihatin kerana sangat mengambil berat akan
perkembangan dan kesihatan Farisha.
-
Shida tekun dalam melaksanakan kerjanya. Hasil ketekunan
mengkaji data-data di Soft Lab, dia berjaya menyelongkar rahsia Dinara dan
mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang
membangunkan Dinara walaupun projek itu usaha Medina bersama Karl.
- Shida baik hati kerana sanggup
menghantar Farisha ke stesen monorel apabila Farisha meminta bantuan
daripadanya.
-
Dr. Maxi
-
Penyelidik yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara
di Soft Lab.
- Tegas, kejam dan bijak.
-
Rosman
-
Rakan sekerja Farisha di Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd serta
mengendalikan kerja syarikat di Senawang.
- Menepati janji, bersikap
terburu-buru dan bijak.
-
Karl
-
Ayah Farisha, abang Aqram, suami Alia dan kekasih Medina. Dia
pernah memenangi Anugerah Inovasi peringkat Kebangsaan. Karl menghidapi
penyakit kanser dan berumur dalam lingkungan 60 tahun.
- Bijak, kejam dan bersikap
individualistic.
-
Azraai
-
Abang angkat Farisha dang mengalami masalah jantung.
- Penyayang, bertanggungjawab dan
berani.
-
Alia
-
Nama asalnya ialah Rusmina iaitu isteri Karl dan kakak ipar
Aqram serta diubah menjadi manusia cyborg oleh Karl.
- Cemburu dan kejam
-
Medina / Marilyn / Mummy
-
Ibu Farisha dan kekasih Karl
-
Pendendam tetapi penyayang
|
SARAWAK 2017 -
SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Silir Daksina
|
Di Sebalik Dinara
|
-
Masyarakat peniaga – Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan
meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.
-
Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya
bangsa – Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni
tarian zapin bagi memperkasakan seni warisan Melayu.
-
Masyarakat yang berpendidikan – See Hwa belajar di
kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam. Haiqal juga meninggalkan
kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.
-
Masyarakat yang berbilang kaum – Pak Cik Bakar, Wak
Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.
- Masyarakat penyayang –
Contohnya Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal
berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan
sayang akan anaknya pada manuskrip.
|
-
Latar masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat
dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon
adiknya dan memasang interkom yang bersambung antara apartment Farisha dengan
rumah Azraai.
-
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Wanita di lapangan
terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak peduli
orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
-
Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan
diri. Marilyn @ Medina dan Karl saling
bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan
sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat
daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia hampir menjadi gila.
-
Masyarakat yang celik ICT. Farisha, Mariyln@Medina dan Karl
merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka
mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam komputer. Azraai juga
seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartment
Farisha.
-
Masyarakat yang memegang amanah dan janji. Dr. Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga
berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah
Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan
Dinara.
- Masyarakat yang bijak. Farisha
ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan
kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak
banyak kelemahan Dinara. Oleh kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan
untuk menyelamatkan Dinara.
|
.