Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
Huraikan dua latar
tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
|
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, huraikan satu
persoalan kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
|
SBP 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Di Sebalik Dinara
|
Pantai Kasih
|
-
Lapangan Terbang Senai Di Johor
Farisha bertemu
dengan Aqram buat kali yang pertama
-
Syarikat Soft Lab
Aqram membawa Farisha
melihat persekitaran Soft Lab bagi memudahkan Farisha sepanjang menjalankan
tugasnya di Soft Lab.
-
Apartmen Farisha
Farisha
menunggu Rosman yang belum tiba kerana telah terlewat daripada masa yang
telah dijanjikan.
|
-
Pusat Rawatan Pantai Kasih
Dr Raiham Dr Mohammad
an Felicia bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
-
Farmasi
Felicia sering
menyeludup masuk ke farmasi untuk meminum ubat batuk bagi mengurangkan
tekanan yang dihadapinya.
-
Pusat hiburan
Dr.
Uwang pergi ke pusat hiburan untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya.
-
Rumah Dr. Uwang
Dr.
Sadiz dan Felicia menghadiri majlis sempena sambutan tahun baharu di rumah
Dr. Uwang.
|
Tirani
|
Songket Berbenang Emas
|
-
Pergunungan Matang, Kuching di Sarawak
Rumah inap desa yang
dinamakan Chalet Tajau Emas yang diasaskan oleh bapa Waheeda, haji Fadhil
terletak di Pergunungan Matang.
-
Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura
Waheeda mengambil
keputusan melakukan pembedahan plastic di Silicon Medical Centre.
-
Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Kajang
Waheeda mendapatkan rawatan di Pusrawi akibat
tekanan perasaan yang dialaminya selepas bercerai dengan Zahid.
-
Chalet Aya-Sajinah
Pusat
peranginan di Cameron Highland yang dimajukan oleh Waheeda selepas ditukarkan
namanya daripada Iwana Iwani. Di sini juga Waheeda bertemu semula dengan
Zahid selepas 20 tahun berpisah.
|
-
SMK Temenggong Ibrahim di Batu Pahat, Johor
Dahlia belajar di SMK
Temenggong Ibrahim. Di sini Zahari meluahkan hasratnya untuk mengikat tali
pertunangan dengan Dahlia.
-
Bilik Kerjaya, SMK Temenggong Ibrahim
Cikgu Hisyam dan
Dahlia berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh Dahlia berhubung dengan
keputusan Dahlia untuk keluar dari asrama
-
Hospital Permai
Saleha menerima
rawatan di Hospital Permai kerana dianggap gila oleh penduduk kampung.
-
Hospital Batu Pahat
Embong
menerima rawatan di sini kerana dipatuk ular.
|
Silir Daksina
|
Bimasakti Menari
|
-
Kampung Seri Purnama di Johor
Haiqal pergi ke
Kampung Seri Purnama untuk melihat kampong arwah bapanya dan mencari rahsia
di sebalik manuskrip lama yang diterimanya.
-
Kedai batik Umi di Pasar Payang, Kuala Terengganu
Haiqal akan bertemu
dengan Ratna selepas menjaga kedai batik umi di Pasar Payang.
-
Warung Mak Min
Haiqal akan bertemu
dengan Tauke Ong buat pertama kali di warung Mak Min.
|
-
Balai Cerap Salahuddin
Nurul Hafsa bekerja
sebagai pegawai sains di Balai Cerap Salahuddin. Pelawat dapat menyaksikan
juzuk-juzuk kosmos dari platform yang disediakan di Balai Cerap Salahuddin.
-
Kampung Kuantan
Nurul Hafsa pergi ke
Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip
-
Majlis Daerah Kuala Selangor
Nurul Hafsa
menghantar laporannya tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor
-
Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Kuala Selangor
Kenduri
kesyukuran untuk meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dengan bekas
isterinya diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
|
SBP 2017 - SKEMA
JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Jendela
Menghadap Jalan
|
Songket
Berbenang Emas
|
-
Persoalan kebijaksanaan dalam
menegakkan syair Islam
Dalam
perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam.
Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah
balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
-
Persoalan kebijaksaan menuntut ilmu
pengetahuan
Geetha
merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga
Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
-
Persoalan golongan muda yang terjebak
masalah dadah
Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke
dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan
dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul
anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil
jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
-
Persoalan hubungan kekeluargaan antara
anak dan ibu bapa
Ibu Lili tidak berminat untuk
menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang
cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah
dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga
terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya,
menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
|
-
Persoalan kebijaksanaan dalam
pelajaran.
Dahlia
tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada
Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah
tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
-
Persoalan kebijaksaan bertindak dalam
menghadapi situasi yang bahaya
Embong
berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa
sawit di ladang.
-
Persoalan bantu-membantu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Kavita
membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran
sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan
kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat
tinggal Dahlia dan keluarganya
-
Persoalan kebijaksanaan mencari ilmu
bagi mengubah taraf hidup
Embong amat mementingkan pelajaran dan
sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
|
Leftenan
Adnann
|
Tirani
|
-
Kebijaksanaan
dalam menghadapi situasi genting.
Leftenan
Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai
askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
-
Persoalan
kebijaksanaan seorang ketua keluarga.
Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi
menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu
lain bersekolah pondok.
|
-
Persoalan
kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.
Waheeda
bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat
pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
-
Kebijaksaan
dalam menegakkan kebenaran
Waheeda mendapat khidmat kawannya
Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri
untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung
mereka.
|
-
Persoalan kebijaksanaan menggunakan
taktik dalam peperangan.
Leftenan Adnan bijak membaca helah
tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan
memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
|
-
Kebijaksanaan
dalam urusan kewangan perniagaan aset perniagaan beliau.
Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi
mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita
segala aset perniagaan beliau
|
Bimasakti Menari
|
Pantai Kasih
|
-
Persoalan
kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Nurul
Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat
dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.
-
Kebijaksanaan
dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar
Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara
-
Kebijaksanaan
menyelsaikan jenayah penculikan.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba
mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor
pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin
telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa
khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-besaran telah
membuahkan hasil.
|
-
Persoalan
kebijaksanaan dalam pelajaran
Kebijaksanaan
seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha bijak dalam
pelajarannya untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya
juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan
belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.
-
Persoalan
kebijaksanaan dalam menentukan kehidupannya.
Hal
ini demikian diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar
di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
-
Persoalan
kebijaksanaan dalam mengejar cita-cita
Perkara ini diperlihatkan melalui
watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu
menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang
diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
|
Pantai
Kasih
|
|
-
Kebijaksanaan
dalam pelajaran.
Haiqal berjaya melanjutkan pelajaran
di universiti selepas tamat tingkatan 6.
-
Kebijaksanaan
dalam memelihara sastera dan budaya yang kian dilupakan oleh generasi hari
ini.
Haiqal bijak menangani cabaran tarian
zapin semakin dilupakan dalam kalangan anak-anak muda Kampung Seri Purnama
sebaliknya mereka lebih gemar berkumpul sesama mereka dan menaiki motosikal
masing-masing.
-
Kebijaksanaan
masyarakat dalam mengamalkan kerjasama dalam melakukan aktiviti.
Contoh: Haiqal juga bekerjasama dengan
penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha
untuk menghargai perjuangan ayahnya; Abdullah bin Kayan.
|
|
.