(a)
|
Novel
yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.
Berdasarkan
novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kebaikan yang anda
peroleh.
[7 markah]
|
(b)
|
Unsur
saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Jelaskan
unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari.
[8 markah]
|
MELAKA 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Pantai Kasih
|
Bimasakti Menari
|
-
Erti ketabahan: Tabah menghadapi kematian anak
perempuannya.
Contoh: Raiha tabah
menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah
seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan
itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun
mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut
dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu,
namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa
marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung.
Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan
bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
- Kerajinan.
Contoh: kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister
Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap
kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di
Hospital Kinabalu. Sikap kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha
yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di
pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh
mentornya itu termasuk membuat demonstrasi
-
Bertanggungjawab.
Contoh:
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.
|
- Ketaatan terhadap
agama.
Contoh:
Haji Yassir dengan anak-anaknya iaitu Budiman dan Nurul Hafsa menunaikan
solat zuhur secara berjemaah.
- Bertanggungjawab
terhadap alam sekitar.
Contoh:
Selain itu juga sikap bertanggungjawab ini dapat diperlihatkan apabila Haji
Yassir yang prihatin akan masalah pembiakan nyamuk aedes menutup tempayan
yang digunakan untuk menadah air dengan plastik.
- Kejujuran.
Contoh:
Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruj Orion kepada
kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada
pencemaran cahaya.
|
MELAKA 2017 - SKEMA
JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Pantai Kasih
|
Bimasakti Menari
|
Suspen
punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa saspens kerana tidak
mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca
berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan
menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf
kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana
takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak
Raiha. Selain itu juga, teknik suspen turut digunakan apabila nasib Felicia
yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pembaca berasa
saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor
buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika
itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.
Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan
mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang
lain.
|
Apabila
sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk
menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan
hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya
akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh
keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh
deria.
|
.