Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (15)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Satu daripada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah nilai keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel tersebut.
 [8 markah]
MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Tirani
-   Konflik antara penduduk kampung.
Lebai Pian mempertikaikan tindakan Pak Saidi yang menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris.
-   Konflik antara anak dengan ibu.
Ibu Adnan, Mak Milah tidak bersetuju dengan cita-cita Adnan yang ingin menjadi tentera dan lebih suka anaknya menjadi guru tetapi Adnan tetap dengan cita-citanya untuk menjadi askar.
-   Konflik antara rakan sekolah.
Adnan dan Budin hamper bertumbuk akibat perasaan tidak puas hati Budin kerana pasukan bola sepaknya kalah dalam pertandingan.
-   Konflik antara rakan sekolah.
Waheeda amat marah kepada kawan-kawannya sewaktu di sekolah kerana mereka mengejeknya dengan panggilan Eda Keropok (hidungnya penyek) dan wajahnya berjerawat.
-   Konflik antara suami dengan isteri.
Waheeda menghadapi konflik apabila Zahid menuduhnya berlaku curang dan mempertikaikan status anaknya setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada bayi perempuannya itu.
-   Konflik antara menantu dengan bapa mentua.
Waheeda tidak bersetuju dengan bapa mentuanya yang ingin menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi syarikat perniagaan.
Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas
-   Konflik antara suami dengan isteri.
Hampir 10 tahun Che Jah dan anak-anaknya menjadi mangsa penderaan suaminya, Seman yang pulang lewat malam. Akibat kesan alcohol dan kalah judi mereka sering dibelasah oleh Seman
-   Konflik antara masyarakat kampung.
Penduduk Kampung Sentosa menghadapi konflik tentang isu peletakan kubah yang baharu di masjid lama atau di masjid baharu yang akan dibina
-   Konflik antara generasi muda dengan golongan tua.
Danel yang mewakili generasi muda hari ini lebih gemar memilih rawatan moden untuk mengubati penyakit bapanya namun bapanya memilih rawatan tradisional yang diusahakan oleh datuk Lili.
-   Konflik antara bapa dengan anak.
Dahlia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya, Embong yang ingin menghantar ibunya, Saleha ke hospital bahagia untuk mendapatkan rawatan lanjut.
-   Konflik antara anak murid dengan guru.
Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk tinggal di rumah tetapi Dahlia berdegil dan terus meninggalkan asrama tanpa kebenaran gurunya.
-   Konflik antara ibu mentua dengan menantu.
Nek Kiah tidak suka akan perkahwinan antara anaknya, Saleha dan Embong dan sering membanding-bandingkan keluarga mereka yang hidup miskin dengan anak-anak Nek Kiah yang lain.

  
MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari
-   Konflik antara suami dengan isteri.
Dr Sadiz meminta Dr Raiha menggugurkan kandungan apabila mengetahui anak yang dikandungnya itu OKU tetapi tidak dipersetujui oleh Dr Raiha.
-   Konflik antara menantu dengan mentua.
Bapa Dr Raiha kurang bersetuju dengan perkahwinan Dr Raiha dengan Dr Sadiz kerana usia Dr Sadiz yang hamper sebaya dengannya.
-   Konflik antara majikan dengan pekerja.
Dr Uwang berasa tersinggung apabila Dr Raiha mempersoalkan sebab-sebab Unong Siron dibedah sebanyak lima kali pada tempat yang sama.
-   Konflik antara pekerja dengan ketua.
Felicia berasa tersinggung apabila Dr Raiha menegur skiap kasarnya terhadap ibu Unong Siron.
-   Konflik antara ahli perniagaan.
Dato’ Johan menganggap Tan Sri Muhaimin sebagai musuhnya dalam projek pembangunan di Kuala Selangor.
-   Konflik antara pasangan suami isteri.
Perbezaan prinsip antara Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham menyebabkan mereka berpisah.
-   Konflik antara pekerja dengan majikan.
Nurul Hafsa merasa tidak puas hati apabila majikannya Pn Foziah menasihatinya agar tidak mengharapkan sebarang tindakan diambil berhubung laporannya terhadap masalah alam sekitar di Kuala Selangor.
Di Sebalik Dinara

Silir Daksina
-   Konflik antara suami dengan isteri.
Karl seorang ateis mahu isterinya, Rusmina meninggalkan agama yang dianutinya. Disebabkan keengganan Rusmina, dia didera sehingga cacat.
-   Konflik antara rakan sekerja.
Alia berasa tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi secara bawah sedar dengan Karl. Keadaan ini menimbulkan rasa marah kepada Alia kerana dia tidak terpilih untuk melaksanakan tugasan itu.
-   Konflik antara penyelidik/saintis dengan pembantu penyelidik.
Marilyn / Medina merupakan pembantu penyelidik kepada Karl. Dia telah mensabotaj ingatan pembantunya itu dan menyebabkan wanita itu menjadi tidak waras kerana menganggap Marilyn / Medina sebagai pesaingnya.
-   Konflik antara suami dengan isteri.
Abdullah bin Kayan seorang berjiwa seni sibuk dengan dunia seni manakala isterinya pula seorang yang suka berniaga. Kecenderungan mereka yang berbeza menyebabkan mereka sering bertelagah sehingga bercerai.
-   Konflik antara ibu dengan anak.
Konflik antara Haiqal dan ibunya timbul apabila Haiqal ingin menjejaki manuskrip yang separuh jalan yang ditinggalkan oleh bapanya. Manuskrip itu menarik minatnya untuk mengenali arwah ayahnya dengan lebih dekat.


MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Tirani
-   Peristiwa keberanian Leftenan Adnan mempertahankan bukit Candu.
Di puncak Bukit Candu Adnan memimpin pasukannya untuk terus mempertahankan kubu yang strategic itu. Selain ramai yang terkorban, pasukan mereka juga telah kehabisan peluru namun mereka tidak mengalah untuk mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan penjajah.
-   Peristiwa keberanian Pak Saidi melawan tentera Jepun.
Tentera Jepun telah ke rumah Pak Saidi untuk mencari keluarga Adnan. Pak Saidi telah mempertahankan keluarganya dan telah berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun.
-    Peristiwa keberanian Waheeda menghadapi tuduhan negative suaminya.
Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membeli chalet Iwana Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya Abdul Aziz Imran.
-   Peristiwa keberanian Waheeda menghadapi tuduhan negative suaminya.
Waheeda menjelaskan kepada Dr Qamariah bahawa dia tidak takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh suaminya, Zahid. Hal ini kerana dia sangat yakin bahawa dia tidak pernah berlaku curang.
Di Sebalik Dinara

Silir Daksina
-   Peristiwa keberanian Azraai mendedahkan identity sebenar adik angkatnya
Azraai berani mengambil risiko untuk memberitahu Farisha bahawa adiknya merupakan anak angjat kepada ibu bapa mereka walaupun dia tahu adiknya akan berasa sedih akan hakikat tersebut.
-   Peristiwa keberanian Karl menyelamatkan anaknya daripada ancaman.
Marilyn / Medina berani melarikan Farisha daripada Karl untuk menyelamatkan Farisha daripada menjadi bahan uji kaji. Farisha akhirnya diserahkan kepada ibu Azraai sebagai anak angkat.
-   Peristiwa keberanian Haiqal bermusafir demi amanat ayahnya.
Haiqal tidak pernah pergi ke kampong ayahnya di Johor. Dari Terengganu dia berani menaiki bas seorang diri sehingga sampai ke Batu Pahat walaupun dihalang oleh ibunya.
-   Peristiwa keberanian Tauke Ong memulakan kehidupan di temapt yang asing baginya.
Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar Tauke Ong yang berbeze latar budaya dan agama mengambil tindakan berani untuk berpindah dan menetap di Kampung Seri Purnama yang majoritinya dihuni oleh masyarakat Melayu.




MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas
-   Peristiwa keberanian Danel menyelamatkan mangsa culik.
Lili telah menjadi mangsa culik oleh Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di sebuah rumah using. Danel yang mengetahui tempat persembunyian mereka telah dating seorang diri untuk menyelamatkan Lili.
-   Peristiwa keberanian Lili untuk membuat aduan tentang isu keganasan rumah tangga.
Lili berani menyuarakan permasalahan rumah tangga Cik Jah dan suaminya kepada Puan Hamimah iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-   Peristiwa keberanina Dahlia terjun ke dalam sungai.
Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai yang deras untuk menyelamatkan nyawa Said
-   Peristiwa keberanian Embong membunuh seekor ular.
Embong berani melawan dan Berjaya membunuh uar sawa di lading kelapa sawit. Ular sawa telah membelit badan Embong ketika dia mencari buluh di kawasan kelapa sawit.
Pantai Kasih

Bimasakti Menari
-      Peristiwa keberanian Raiha mempertikaikan kegagalan pembedahan yang telah dijalankan
Dr Raiha berani mempertikaikan kegagalan majikannya, Dr Uwang dalam menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron sehingga pesakit itu dibedah sebanyak 6 kali.
-      Peristiwa keberanian Dr Raiha mempertahankan kebenaran.
Dr. Raiha hadir ke mahkamah semata-mata mempertahankan dirinya daripada tuduhan Dr Sadiz tentang kes kematian anaknya Rohayu. Raiha tidak gentar bersemuka dengan suaminya di mahkamah.
-      Peristiwa keberanian Muhammad Taufik bersemuka dengan penjenayah.
Setelah keluar dari hospital, Muhammad Taufik berani bersemuka dengan penjenayah di stesen Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.
-      Peristiwa keberanian Nurul Hafsa membuat laporan kes penculikan kepada polis.
Nurul Hafsa berani melaporkan kejadian penculikan yang telah berlaku kepada dirinya demi menyelamatkan Taufik. Dia telah membuat laporan polis dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri.


.