(a)
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua nilai kemasyarakatan
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
|
(b)
|
Terdapat
pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji,
huraikan satu peristiwa paling menarik
yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda
berpendapat demikian.
[8 markah]
|
TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Pantai Kasih
|
Bimasakti Menari
|
- Nilai Tanggungjawab
- Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan
yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
- Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani
pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan.
- Nilai Keprihatinan
- Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong
Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah
lagi doctor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan
calang-calang.
- Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya,
Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka
sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
- Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia
masih belum memiliki kenderaan sendiri.
- Nilai kasih saying
- Doktor Raiha membesarkan Rahayu dengan penuh kasih sayang
dan melarikan diri bersama anaknya, Rahayu kerana tidak sanggup berpisah
dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak
sindrom Down.
- Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia
mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron
sepanjang mendapat rawatan di situ.
- Nilai kerjasama / tolong-menolong
- Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan
pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat
dalam kemalangan.
- Doktor Raiha, Ibu Unong siron dan staf lain di PRPK
bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada terus ditawan oleh doctor
palsu.
|
- Nilai Tanggungjawab
- Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa
mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul
Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhamad Taufik di Kampung
Kuantan.
- Kasih saying / Penyayang
- Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan
sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik saying akan
Nurul Hafsa dan ingin menyuntinnya sebagai isteri.
- Nilai Hormat-menghormati
- Dato’ Haji Mustofa al-Hanidi masih melayan Dato’ Johann
walaupun masih bertubi-tubi mendesaknya dengan pelbagai pertanyaan tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
- Muhammad Taufik tetap menghormati Nurul Hafsa sebagai
tetamunya walaupun Nurul Hafsa kelihatan marah terhadapnya kerana mengepung
sebahagian sungai di Kampung Kuantan.
- Nilai Kerjasama
- Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk
menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk
dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu
untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.
- Seorang penduduk telah membuat aduan di Balai Polis
Bestari Jaya tentang terdapatnya aktiviti bukan perladangan di lading kelapa
sawit yang terletak jauh di kawasn pedalaman Bestari Jaya. Maklumat itu
membantu pihak polis menumpaskan penjenayah yang mencedera dan menculik
Muhammad Taufik.
- Nilai setia kawan
- Nurul Hafsa dan Budiman mengambil alih tugas Muhammad
Taufik mencerap populasi kelip-kelip ketika Muhammad Taufik dirawat di
hospital. Mereka juga mencari Muhammad Taufik di dalam semak setelah pemuda
tersebut diserang oleh penjahat-penjahat yang diupah oleh Dato’ Johann
Arlington-Majid.
- Nilai Keprihatinan
- Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik
sebaik-baik sahaja menerima panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia
mengalami kemalangan.
- Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina
sebuah stor untuk ayahnya menyimpan peralatan berkebun agar tidak berlaku
kecurian.
- Nilai Simpati
- Nurul Hafsa simpati akan Muhammad Taufik yang berikhtiar
untuk menyatukan ibu dan bapanya semula dengan menjadi anak yang patuh.
|
TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Pantai Kasih
|
Bimasakti Menari
|
- Peristiwa Doktor Raiha
mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas setiap kali
pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan
pembedahan tersebut berasa tercabar.
Peristiwa
ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan
mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang
sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima
kali oleh Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.
- Peristiwa Doktor Raiha
melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat
rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya.
Peristiwa
ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anak
itu cacat kerana menghidap sindrom down.
- Peristiwa Sister Felicia
Landosi menemui Doktor Raiha untuk memberitahu punca sebenar kematian Ayu.
Felicia memohon maaf kerana dia juga terlibat dalam tragedy kematian Ayu,
anak tunggal Doktor Raiha.
Peristiwa
ini dianggap menarik kerana DoKtor Raiha akhirnya mengetahui punca sebenar
kematian ayu. Sister Felicia yang bersikap keras hati telah mengakui
kesalahan diri dan sanggup berubah demi membina kehidupan baharu.
|
- Peristiwa Nurul Hafsa berjanji
akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat pencerap bintang amatur
dan professional walaupun Puan Wickham mengatakan janji tersebut amat sukar
dikotakan.
Peristiwa
ini menarik kerana memperlihatkan keazaman dna keyakinan seorang pekerja
terhadap tugasnya. Pembaca ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan
kembali Kuala Selangor sebagai pusat pencerapan bintang amatur dan
professional.
- Peristiwa Muhammad Taufik
bersetuju mengikut arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul
8.30 pagi, hari Jumaat.
Peristiwa
ini dianggap menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan
prihatin seorang rakan terhadap rakan yang dalam kesusahan. Sebagai seorang
rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya,
Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin
tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.
- Peristiwa Muhammad Taufik
melamar Nurul Hafsa sebaik sahaja berakhirnya majlis kesyukuran unutk
meraikan pernikahan Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam
Wickham di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor
Peristiwa
ini menarik kerana kedua-dua watak penting ini menyedari keistimewaan dan
sikap saling memerlukan antara satu sama lain. Penyatuan mereka akan membuka
berpeluang yang lebih luas dalam usaha melestarikan alam sekitar kerana
mereka mempunyai minat yang sama.
|