Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (1)


Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
[7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
 [8 markah]

PAHANG 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)


Bimasakti Menari
Pantai Kasih
-    Peristiwa 1: Sikap Tan Sri Muhaimin dan Pn Maryam Wickham Abdullah yang mementingkan kerjaya masing-masing dan keras hati menyebabkan meraka terpisah dengan anak tunggal mereka Muhamad Taufik merindui kasih sayang mereka.
Sebab: Ibu bapa perlu menjaga rumah tangga dan anak agar tidak terabai.
-   Peristiwa 2: Dato Johan Arlington Majid berdendam dengan Tan Sri Muhaimin yang berjaya memiliki Maryam Wichkam. Selain itu, dia akan kehilangan tender pemasangan lampu di Kuala Selangor
Sebab: Seseorang itu tidak boleh membiarkan perasaan dendamnya membelenggu kehidupannya. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi/ dengan mengambil sikap berlapang dada.
-    Peristiwa 1: Doktor Raiha prihatin dengan nasib Unong Siron. Baginya kali ke-6 tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi pembedahan tersebut dilakukan oleh doctor pakar.
Sebab: Kita janganlah mementingkan keuntungan atas kesusahan orang lain.
-   Peristiwa 2: Dr Sadiz bertindak membakar kereta mewahnya kerana marah akan isterinya yang menghalang niatnya untuk menghantar Rahayu ke asrama
Sebab: Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, kita hendaklah mampu mengawal marah yang akan merugikan diri sendiri.

PAHANG 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)


Bimasakti Menari
Pantai Kasih
-    Kerjasama antara Nurul Hafsa dengan Mohamad Taufik
Nurul Hafsa dan Muhamad Taufik bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar Selangor. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka
Atau;
Selain itu, kerjasama antara Nurul Hafsa dengan ayahnya Hj Basir yang menghantar anaknya itu ke jeti menyusuri Sungai Kuantan / Sungai Rahsia bagi menjejaki kelip-kelip
-    Kerjasama antara Dr Raiha dengan Dr Alex Ng
Dr Raiha bekerjasama dengan Dr Alex Ng untuk menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Dr. Uwang kerana terlibat dalam kemalangan.
-    Kerjasama antara Dr Raiha dengan ibu Unong Siron
Mereka berjaya menghalang seorang pemuda yang menyeludup masuk ke bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih dan seterusnya membawa pemuda tersebut keluar dari PRPK.

.