Latihan Sistem Bahasa 6 - Soalan Kata Ganda Penuh

Latihan Sistem Bahasa 6 - Soalan Kata Ganda Penuh


Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.


1 Murid perempuan yang membuat persembahan tarian zapin itu ___________.
A canggih-canggih C kemas-kemas
B comel-comel D gagah-gagah

2 Kedengaran _____ suara Muaz memanggil nama saya dari atas bukit itu.
A jarang-jarang C sedap-sedap
B sayup-sayup D lazat-lazat

3 Pemuda itu mengalami kerugian beribu ringgit ________ tertipu dengan skim cepat kaya itu.
A kadang-kadang C cuba-cuba
B cerita-cerita D gara-gara

4 Ali bercakap dengan lembut, ________perasaan kawannya akan tersinggung.
A jangan-jangan C entah-entah
B bukan-bukan D takut-takut

5 Usaha yang dilakukannya selama ini tidak _______apabila dia berjaya memperoleh segulung ijazag dalam bidang perakaunan.
A payah-payah C ragu-ragu
B sudah-sudah D sia-sia

6 Duit yang ada pada Encik Idrus _____ untuk membayar sewa rumah pada bulan ini sahaja.
A cukup-cukup C jauh-jauh
B minta-minta D iras-iras

7 Bukan _______ orang yang terpilih untuk menjadi angkawasan negara itu.
A calang-calang C main-main
B gesa-gesa D ikut-ikut

8 Encik Lim lebih suka menggunakan _________berbanding mesin kira untuk mengira hasil jualannya.
A dekak-dekak C sepoi-sepoi
B dekat-dekat D biji-biji

9 Farhana belum _____ lagi walaupun sudah pukul 12:00 malam kernan mahu menyiapkan kerja sekolahnya.
A bangun-bangun C tidur-tidur
B celik-celik D jaga-jaga

10 Suki sering _________ rajin untuk menarik perhatian majikannya.
A dengar-dengar C malu-malu
B diam-diam D pura-pura


Jawapan 1B 2B 3D 4D 5D 6A 7A 8A 9C 10D