Latihan sistem Bahasa 4 - Soalan Kata Ganda Penuh
Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.
1 _______ Persatuan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
A Hebat-hebat C Ahli-ahli
B Adik-adik D Ahih-alih
2 Sejak _________ ini, kesihatan datuk saya tidak begitu baik.
A siang-siang C akhir-akhir
B diam-diam D dulu-dulu
3 Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan hati saya.
A sepah-sepah C sepoi-sepoi
B sejuk-sejuk D kuat-kuat
4 Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan _________ itu.
A labah-labah C kuda-kuda
B rama-rama D anai-anai
5 ' ________ saya sahaja yang mengemas bilik darjah ini,' kata Liyana tidak puas hati.
A Masing-masing C Asyik-asyik
B Lumba-lumba D Baik-baik
6 Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
A dalam-dalam C halus-halus
B dekat-dekat D ketat-ketat
7 Pihak sekolah akan mengkaji _________ keruntuhan akhlak dalam kalangan murid-murid.
A langkah-langkah C kalau-kalau
B faktor-faktor D gara-gara
8 Sayur yang dijual di gerai Pak Cik Hasan itu _________.
A bersih-bersih C segar-segar
B cantik-cantik D baik-baik
9 Beg itu _______ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya.
A penuh-penuh C ketat-ketat
B padat-padat D muat-muat
10 ________ Lagi dia sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wushu di sekolahnya.
A Tinggi-tinggi C Rajin-rajin
B Awal-awal D Tua-tua
Jawapan
1C 2C 3C 4D 5C 6D 7B 8C 9D 10B