Latihan Sistem Bahasa 11 (3) - Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 11 (3) - Soalan Kata Ganda 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


21 Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.
A jongkang-jongket C riuh-rendah
B tanah-tanih D sorak-sorai

22 Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B lenggak-lenggok D liang-liuk

23 Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.
A hangit-pengit C gelap-gelita
B hancur-lebur D haru-biru
24 Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
A lintang-pukang C kucar-kacir
B simpang-siur D huru-hara

25 _________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.
A Sorak-sorai C Riuh-rendah
B Hiruk-pikuk D Jerah-jerih

26 Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.
A lenggang-lenggok C mundar-mandir
B lintang-pukang D simpang-siur

27 Anita tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya kepada Jessica.
A selang-seli C lambat-laun
B segan-silu D teka-teki

28 Kamil mempelajari _______ perniagaan daripada ayahnya yang lebih berpengalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B lintang-pukang D selok-belok

29 Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Rahman.
A lekak-lekuk C selang-seli
B kotak-katik D teka-teki

30 Cikgu Nadia menegur pakaian Anand yang ________.
A lintang-pukang C punah-ranah
B serbah-serbih D kusut-masai

Jawapan
21A
22D
23A
24A
25A
26C
27B
28D
29D
30B

.