Latihan Sistem Bahasa 11 (4) - Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 11 (4) - Soalan Kata Ganda 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


31 Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah dimasuki pencuri pada malam tadi.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kelam-kabut D hiruk-pikuk

32 Dalam keadaan _________, Rajesh terlupa untuk memakai stoking semasa ke sekolah.
A tunggang-langgang C kelam-kabut
B lintang-pukang D kacau-bilau

33 Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali ________ diadakan.
A kenduri-kendara C sorak-sorai
B kering-kontang D beli-belah

34 “Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan menjadi kanser,” kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.
A umbang-ambing C keluh-kesah
B lambat-laun D dolak-dalih

35 Keadaan menjadi semakin _______ apabila penunjuk perasan merusuh di tempat-tempat awam.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B lintang-pukang D huru-hara

36 Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.
A terang-benderang C warna-warni
B senang-lenang D gelap-gelita

37 Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami ________.
A kusut-masai C huru-hara
B calar-balar D cirit-birit

38 Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian _________.
A tanggang-langgang C warna-warni
B compang-camping D kusut-masai

39 Bunyi jantungnya _________ sewaktu hendak mengambil keputusan peperiksaan itu.
A lentang-lentung C riuh-rendah
B degap-degup D liang-liuk

40 Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak sombong.
A kelam-kabut C kaya-raya
B kucar-kacir D hina-dina

Jawapan
31A
32C
33A
34B
35D
36A
37D
38B
39B
40C


.