Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (2)

(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b)
Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.
 [8 markah]


TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih
Bimasakti Menari
-    Nilai Tanggungjawab
-   Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
-   Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan.
-    Nilai Keprihatinan
-   Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doctor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang.
-   Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
-   Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri.
-    Nilai kasih saying
-   Doktor Raiha membesarkan Rahayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rahayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.
-   Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ.
-    Nilai kerjasama / tolong-menolong
-   Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.
-   Doktor Raiha, Ibu Unong siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada terus ditawan oleh doctor palsu.
-    Nilai Tanggungjawab
-   Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhamad Taufik di Kampung Kuantan.
-    Kasih saying / Penyayang
-   Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik saying akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntinnya sebagai isteri.
-    Nilai Hormat-menghormati
-   Dato’ Haji Mustofa al-Hanidi masih melayan Dato’ Johann walaupun masih bertubi-tubi mendesaknya dengan pelbagai pertanyaan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
-   Muhammad Taufik tetap menghormati Nurul Hafsa sebagai tetamunya walaupun Nurul Hafsa kelihatan marah terhadapnya kerana mengepung sebahagian sungai di Kampung Kuantan.
-    Nilai Kerjasama
-   Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.
-   Seorang penduduk telah membuat aduan di Balai Polis Bestari Jaya tentang terdapatnya aktiviti bukan perladangan di lading kelapa sawit yang terletak jauh di kawasn pedalaman Bestari Jaya. Maklumat itu membantu pihak polis menumpaskan penjenayah yang mencedera dan menculik Muhammad Taufik.
-    Nilai setia kawan
-   Nurul Hafsa dan Budiman mengambil alih tugas Muhammad Taufik mencerap populasi kelip-kelip ketika Muhammad Taufik dirawat di hospital. Mereka juga mencari Muhammad Taufik di dalam semak setelah pemuda tersebut diserang oleh penjahat-penjahat yang diupah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid.
-    Nilai Keprihatinan
-   Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik-baik sahaja menerima panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia mengalami kemalangan.
-   Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan peralatan berkebun agar tidak berlaku kecurian.
-    Nilai Simpati
-   Nurul Hafsa simpati akan Muhammad Taufik yang berikhtiar untuk menyatukan ibu dan bapanya semula dengan menjadi anak yang patuh.


TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)


Pantai Kasih
Bimasakti Menari
-    Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.
-    Peristiwa Doktor Raiha melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anak itu cacat kerana menghidap sindrom down.
-    Peristiwa Sister Felicia Landosi menemui Doktor Raiha untuk memberitahu punca sebenar kematian Ayu. Felicia memohon maaf kerana dia juga terlibat dalam tragedy kematian Ayu, anak tunggal Doktor Raiha.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana DoKtor Raiha akhirnya mengetahui punca sebenar kematian ayu. Sister Felicia yang bersikap keras hati telah mengakui kesalahan diri dan sanggup berubah demi membina kehidupan baharu.




-    Peristiwa Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat pencerap bintang amatur dan professional walaupun Puan Wickham mengatakan janji tersebut amat sukar dikotakan.
Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan keazaman dna keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya. Pembaca ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai pusat pencerapan bintang amatur dan professional.
-    Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju mengikut arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi, hari Jumaat.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan terhadap rakan yang dalam kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.
-    Peristiwa Muhammad Taufik melamar Nurul Hafsa sebaik sahaja berakhirnya majlis kesyukuran unutk meraikan pernikahan Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor
Peristiwa ini menarik kerana kedua-dua watak penting ini menyedari keistimewaan dan sikap saling memerlukan antara satu sama lain. Penyatuan mereka akan membuka berpeluang yang lebih luas dalam usaha melestarikan alam sekitar kerana mereka mempunyai minat yang sama.